MANILA
- Thohir
- Jul 15, 2016
- 2 min read
Manila sangat kaya dengan keindahan tinggalan sejarah dan mempunyai budayanya yang sangat indah dan tersendiri. Namun begitu, makanan di sini juga mempunyai identiti tersendiri dan sering dikaitkan dengan sejarah negara Filipina ini. Dari sajian ringan sehingga kepada hidangan yang boleh dimakan sekeluarga, sajian-sajian ini sangat unik dan istimewa kepada penduduk di sini. Antaranya ialah Chicken Adobo, Chicken Inasal dan juga Kwek kwek
Chicken adobo boleh dijumpai diseluruh kedai makan sederhana dipinggir jalan di Filipina. Daging ayam yang dimasak dengan kicap masin dan ditambah dengan kentang ini dianggap sebagai makanan tradisional Filipina. Sekiranya anda hadir di setiap rumah di Filipina, hidangan ini mungkin sangat umum. Tetapi setiap daerah yang berbeza menampilkan lebih banyak lagi versi menarik dari chicken adobo seperti adobo sa gata (adobo dengan santan) dari provinsi Bicol yang kaya dengan kelapa atau adobo sa dilaw dengan rasa kunyit dari Batangas. Makanan ini sangat popular dan ia juga menjadi salah satu daripada beberapa hidangan Filipina yang menjadi tumpuan ramai. Antara tempat yang boleh anda cuba ialah di Kafé Juanita, Chef Tatung, atau Restoran Abe.

Seterusnya Filipina mempunyai satu hidangan khas dan ianya menjadi kesukaan bagi masyarakat disana iaitu Chicken Inasal. Apabila dilihat semula makanan ini sama seperti ayam bakar, tetapi sebenarnya ada satu perbezaan dari makanan khas ini iaitu dari segi bahan-bahannya. Satu bahan istimewa dari Chicken Inasal adalah calamansi yang merupakan limau khas dari Filipina. Untuk satu hidangan Chicken Inasal ianya berharga 150 Peso. Restoran yang menyediakan menu ayam bakar ini adalah Bacolod Chicken Inasal. Tempat makan ini sangat terkenal dalam menyajikan Chicken Inasal. Cara penyajiannya menggunakan lidi sate. Lokasi restoran ini terletak di kota Negros Occidental, tidak jauh dari kota Manila. Anda boleh menggunakan bas atau teksi jika ingin mencuba rasa keenakannya dari Chicken Inasal.

Filipina memiliki cara tersendiri memasak telur itik menjadi makanan khas. Mereka memasak telur tersebut menjadi separuh masak. Hampir sama dengan telur asin, tetapi didalamnya terdapat anak itik. Di dalam telur tersebut terdapat anak itik yang hampir jadi. Ada bulu-bulu nipis, mata kecil, dan kaki anak itik. Walaupun begitu, tidak ada bau busuk dari dalam isi telur tersebut. Baunya hampir sama dengan telur asin. Biasanya, kwek-kwek tersebut dijual ketika senja. Para penjual yang kebanyakannya berbasikal sanggup berniaga sehingga tengah malam untuk menawarkan jualan khas ini. Pembeli akan ramai bermula pada pukul 7 hingga 10 malam. Kebanyakkan pejual berniaga di kawasan Alhambra Street, Ermita, Manila.

Comments