BANGKOK
- Thohir
- Jun 3, 2016
- 2 min read
Merupakan negara yang paling dekat dengan Malaysia, sajian-sajian di Thailand juga kebanyakannya mirip dengan sajian di Malaysia. Namun begitu, setiap sajian Thailand mempunyai identiti dan karakter rasa yang tersendiri dan agak berbeza dari hidangan di Malaysia. Antara sajian-sajian popular di Thailand ialah Nai Mong Hoy Tod, Khao Pad Poo dan Pad Thai
Nai Mong Hoy Tod biasa juga dipanggil Hoy Tod, ianya adalah makanan kaki lima khas dan popular di Thailand. Hoy Tod, yang hampir serupa dengan telur dadar cuma ianya nampak berbeza sedikit kerana diatasnya diisi dengan tiram. Jika di Malaysia, sajian ini sering disediakan oleh kaum cina dan sangat susah untuk didapati akibat status halalnya. di Thailand, makanan ini sangat senang didapati dan terdapat banyak gerai yang dimiliki oleh orang muslim di sana. Makanan ini sangat sesuai dijadikan sebagai pengalas perut. Salah satu restoran popular di Bangkok yang menyediakan Hoy Tod dikenali sebagai restoran Nai Mong Hoi Thod. Restoran ini terletak di Yaowarat Chinatown melalui jalan Charoen Krung lebih kurang 20 meter daripada Phlap Phla Chai Street.

Jika anda melihat gambar ini, mungkin Khao Pad Poo memang serupa dengan nasi goreng. Tapi tunggu dulu! ini bukan nasi goreng biasa tapi nasi goreng khas Thailand ini dimasak dengan campuran bunga melati. Ya bunga melati! Oleh itu, nasi ini mempunyai aroma yang sangat wangi dan juga rasanya tidak terlalu kuat. Selain bunga melati, nasi goreng ini juga dicampur dengan telur yang telah dimasak dengan sos ikan khas Thailand dan ditambah sedikit rasanya dengan limau nipis. Nasi ini tidaklah terlalu pedas seperti hidangan Thailand yang lain dan sangat sesuai bagi setiap peringkat umur. Ingin mencubanya? Tenang, makanan ini mudah dicari kerana ianya ada dijual di restoran ataupun gerai di kaki lima sahaja.

Untuk sesiapa yang suka makan mee, jangan terlepas mencuba makanan yang satu ini. Pad Thai adalah sejenis mee siram yang dimasak dengan udang kering, kuah asam, gula merah yang ditambah dengan taburan kacang dan daun bawang. Namun ada juga penjual yang menggantikan udang kering dengan ayam. Pada sesiapa yang ingin mencuba keenakannya, tidak perlu khuwatir kerana ianya mudah didapatkan di gerai-gerai disetiap sudut jalan di kota Bangkok. Makanan ini sangat mengenyangkan dan agak seimbang juga. Justeru, bagi pengamal makanan sihat juga boleh mencubanya kerana kalori nya agak rendah dan sangat seimbang.

Commentaires