BALI
- Thohir
- Mar 4, 2016
- 2 min read
Bali merupakan salah satu tempat percutian paling popular di Indonesia. Ia juga merupakan salah satu sebab terbaik kenapa anda perlu ke sana...
Antara beberapa tempat menarik untuk anda pergi ialah Tanah Lot, Gunung Batur dan juga Kuil Uluwatu. Bagaimana hendak ke Bali? Penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Ngurah Rai International Airport (Denpasar) mengambil masa lebih kurang 3 jam. Setelah tiba di Bali, anda boleh mengambil beberapa alternatif untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Alteratif utama adalah teksi di mana terdapat perhentian teksi di bahagian hadapan lapangan terbang tersebut. Terdapat banyak pilihan hotel yang boleh anda pilih berdasarkan kemampuan anda. Dari menyewa resort hingga ke hotel bajet, terdapat variasi harga yang boleh anda sesuaikan mengikut kemampuan anda.
Seperti gambar yang anda lihat di atas, tempat tersebut dipanggil Tanah Lot. Ia terletak di daerah Tabanan iaitu kira-kira 20 kilometer dari bandar Denpasar,Bali. Lokasi ini telah terbentuk oleh hakisan ombak laut selama beribu tahun. Sejarah tempat tersebut bermula apabila Dang Hyang Nirartha atau Pedanda Shakti Wawu Rauh iaitu pelayar Hindu serta tokoh keagamaan bagi penduduk Bali singgah ke tempat tersebut. para nelayan sering datang kepadanya dan memberikan persembahan kepadanya. beliau kemudian mengarahkan supaya penduduk di sana membina kuil di atas batu-batu tersebut. Para pelancong yang ingin ke sana perlu melalui satu jalan yang terdapat berbagai kedai cenderamata dahulu. tiket masuk perlu dibeli dengan harga Rp 10.000 bagi dewasa dan Rp 7.500 bagi kanak-kanak, bersamaan dengan RM3.10 bagi dewasa dan RM2.32 bagi kanak-kanak.

Selain itu anda juga boleh melawat Kuil Uluwatu yang terletak di Kuta Selatan daerah Badung,Bali. Uluwatu bermaksud hujung batu dan terdapat satu kuil dibina di atasnya untuk Sang Hyang Widhi Wasa iaitu Tuhan bagi orang beragama Hindu di Bali. Kawasan ini sangat indah dan sesuai untuk menenangkan diri. Tarian Kecak diadakan setiap senja di sana namun pelawat harus memakai pakaian sesuai untuk ke acara itu. Kebiasaan nya mereka dikehendaki memakai kain sarung. Tiket masuk juga tidak begitu mahal, hanya Rp10.000 ataupun RM3.00 sahaja.

Lokasi terakhir yang menarik di Bali pada pendapas saya ialah Gunung Batur. Gunung Batur ini terletak kira-kira 2 jam dari kota Denpasar dengan jarak kira-kira 69.6 kilometer. Gunung Batur merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Trekking merupakan aktiviti utama bagi para pelancong di Gunung Batur. Kebanyakan yang mendaki Gunung Batur ini memulakan pendakian seawal 0400 pagi waktu Malaysia atau 0300 waktu Bali. Setelah mendaki selama 2 jam, pendaki harus menunggu selama beberapa minit untuk menikmati pemandangan matahari terbit yang sangat cantik. Biasanya sekitar 50 orang akan mendaki pada satu-satu masa dalam sehari dan akan berkumpul di puncak untuk menikmati matahari terbit. Sesungguhnya satu pengalaman yang amat menakjubkan apabila anda melancong ke Bali.

Comments