BANDUNG
- Thohir
- Apr 1, 2016
- 1 min read
Terdapat pelbagai makanan enak dan unik yang boleh anda temui apabila anda melancong ke Bandung. Makanan-makanan ini kebanyakan nya halal dan sangat mudah ditemui. Jika anda ingin merasai pengalaman deria rasa yang hebat, anda boleh mencuba beberapa makanan di bawah ini.
Kota Bandung selalu di datangi pelancong kerana daya tarikan jenis makanannya. Adakah anda tahu antara salah satu makanan yang unik di bandung ialah “SEBLAK BASAH” Seblak Basah ini berasal dari keropok mentah yang telah direbus atau dikukus yang kemudian ditumis bersama bahan yang sudah disediakan. Seblak basah tidak disajikan dalam keadaan kering, tetapi sedikit berair dan kenyal yang menimbulkan rasa keenakannya! Jika anda ingin mencubanya anda boleh mendapatkan makanan unik dan terkenal ini di jalan purnawarman BEC (dekat Factory Outlet) Bandung, Indonesia.

Jika anda ingin mencuba makanan unik yang lain, terdapat sejenis makanan tradisi bandung iaitu Cilok atau nama lain dipanggil “Aci di colok”. Sesuai dengan namanya Cilok atau “Aci di colok”ianya diperbuat daripada Tepung Ubi (kanji) yang diadun dengan bahan tambahan yang lain dan di dalamnya di isi dengan telur rebus atau ayam kemudian di siram pula dengan kuah kacang dan dicucuk dengan lidi. Cilok atau “Aci di colok”ini sangat mudah dijumpai di sekitar jalan Kota Bandung dan harganya juga sangat murah.

Seterusnya, Jika anda adalah penggemar mee anda tidak perlu risau kerana di bandung juga mempunyai makanan yang berasaskan mee. Mee Yamin atau Yamin Bandung adalah mee kuning yang direbus dan dicampur dengan bahan-bahan seperti daging atau ayam cincang dan ditabur pula dengan daun bawang atau bawang goreng. Pada penggemar mee, jika anda ingin mencuba makanan ini anda boleh pergi ke Jalan Guntur, Bandung.

コメント