top of page

BALI

  • Thohir
  • Mar 4, 2016
  • 2 min read

Jika anda bercadang ke Bali, sudah semestinya anda perlu mencuba makanan-mananan di Bali ini. Makanan di Bali ini tidak jauh bezanya dengan makanan di negara kita. Cuma, makanan di sini lebih unik dan sangat menarik untuk dicuba.

Siapa yang tidak pernah dengar tentang ayam betutu? Menu yang satu ini tidak boleh dibiarkan dalam daftar aliran kulinari makanan khas di bali. Jika anda adalah penggemar masakan pedas, bersedialah untuk jatuh cinta dengan Betutu yang berlimpahkan rempah-rempah dengan tekstur pedas yang boleh membuat anda ketagih. Ayam betutu ini dibuat dengan cara memasukkan rempah-rempah tersebut kedalam perut ayam kampung. Seterusnya, dagingnya dibungkus dengan daun pisang dan dipanggang menggunakan bara api sekam yang mengambil waktu selama hampir 24 jam, ini kerana ianya dapat menghasilkan rasa ayam dipanggang,lembut dan pedas yang lebih enak!

Ayam Betutu, Bali

Jika anda ingin mencuba makanan yang lebih ringan lagi di bali, anda boleh mencuba rojak kuah pindang dimana rojak ini diperbuat daripada hirisan mangga yang dicampurkan dengan kuah pindang dan ditambah pula dengan cili api untuk menambahkan lagi rasa pedas. Selain itu, rojak kuah pindang ini juga bukan hanya diperbuat daripada mangga sahaja, ianya juga diperbuat daripada campuran berbagai jenis buah atau rumpai laut yang juga mempunyai rasa yang sama dan lebih sedap. Selamat mencuba !

Rojak Kuah Pindang, Bali

Ikan Mujair Nyat-nyat adalah salah satu makanan yang menjadi rebutan di bali. Ikan Mujair ini adalah sejenis ikan air tawar di Bali. Ikan ini sedikit hanyir tetapi hidangan ini mampu menenggelamkan rasa hanyirnya itu. Hidangan ini memerlukan rempah-rempah khas di Bali dan sangat sesuai dimakan bersama nasi. Dipadukan dengan rempah-rempah yang pedas beserta rasa asam, hidangan ini akan memberikan sensasi yang hebat pada lidah anda. Kedai makan yang menjual menu Mujair Nyat nyat ini terletak di kawasan Pura Dalem Pingit, wilayah Banjar Kawan, Desa Kawan, dan Kabupaten Bangli ianya terletak antara 50 kilometer timur laut Kota Denpasar.

Ikan Mujair Nyat Nyat, Bali

Comments


RECENT POSTS:
SEARCH BY TAGS:
Inspiring - Bol Is Art ft Zouk
00:00 / 00:00
bottom of page