top of page

HANOI

  • Thohir
  • May 6, 2016
  • 2 min read

Makanan-Makanan halal di Hanoi ini sebenarnya sangat mudah ditemui. Anda tidak perlu risau untuk mencari makanan halal di Hanoi kerana terdapat banyak gerai makanan yang halal dan mudah didapati di sana. makanan ini juga agak mengenyangkan dan sangat murah. Makanan yang dipilih untuk diulaskan di bawah ini merupakan makanan popular di Hanoi kerana ia sangat mudah didapati di sana. Antara makanan tersebut adalah Banh Mi, Ga Nuong dan Nom Hoa Chuoi

Banh mi merupakan 'street food' paling enak di Vietnam, khususnya di area sekitar Hanoi. Banh Mi ialah sejenis roti yang dilihat seperti roti sandwich, tetapi memiliki perbezaan dalam rasa dan isinya. Kebiasaannya Banh Mi ini mengandungi hirisan daging babi panggang, tetapi di gerai yang halal, daging itu diganti dengan daging lembu atau daging kambing. Banh mi adalah roti yang sangat unik. Penampilan banh mi jika dilihat memang seperti tidak menarik. Namun banh mi adalah makanan yang sangat terkenal dan paling enak di Vietnam. Bahkan di dunia. Jika anda berminat ingin mencuba Roti khas vietnam ini ianya ada dijual di Banh Mi Pho Hue yang terletak di 118 Pho Hue, Vietnam.

Banh Mi, Hanoi

Seterusnya, Jika anda adalah penggemar ayam, anda patut mencuba Ga Nuong. Ga Nuong mudah didapati di Bandar Vietnam. Ga Nuong ialah ayam yang di salut dengan madu dan bahan-bahannya telah di panggang di atas bara arang. Ga Nuong juga disebut sebagai spicy chicken ala Vietnam. Makanan ini jika di Malaysia sering kita panggil dengan nama ayam madu, tetapi di Hanoi pula ia sedikit berbeza. Ayam ini dipanggang dengan rempah-rempah istimewa dan dihidangkan begitu saja. Anda boleh menikmati hidangan ini bersama nasi putih atau roti. Hidangan ini tidak begitu mahal dan mudah didapati. Dengan harga sekitar RM17.00, anda boleh menjamu selera bersama keluarga anda.

Ga Nuong, Hanoi

Jika anda adalah pengamal makanan sihat anda boleh mencuba Nom Hoa Chuoi iaitu sejenis makanan yang berasakan sayur-sayuran. Nom Hoa Chuoi ini dikenali sebagai salad khas di Vietnam. Antara bahan-bahan utamanya ialah bunga pisang, betik muda dan ayam. Ianya dimakan bersama dengan sos ikan dan ditaburkan dengan kacang. Kebiasaannya hidangan ini dimakan sebelum hidangan utama ataupun dimakan begitu sahaja bagi pengamal makanan sihat. Hidangan ini sangat mudah didapati di sini dan ianya tidak begitu mahal.

Nom Hoa Chuoi, Hanoi

Comments


RECENT POSTS:
SEARCH BY TAGS:
Inspiring - Bol Is Art ft Zouk
00:00 / 00:00
bottom of page